Sunday 20 November 2011

JiKa bEgInI KehEnDak ILahI...

Take 1
"U ni memilih sangat..sebab tu tak kawin-kawin"

Smash 1
"Tak payah susah hati fasal i lah....u kan ada anak perempuan...baik u jaga anak u baik2...manalah tahu kalau nasib dia sama macam i.....atau mungkin lebih teruk dari i..."

Take 2
"Kenapa tak kawin lagi. Carilah sorang buat kawan"

Smash 2
"Cari kat mana? Pasar malam?. Boleh bagi suami u buat kawan i?"

Take 3
"Bila nak kawin ni?

Smash 3
"Hujung tahun...."

Take 4
"Tak kan tak ada calon?

Smash 4
"Calon ramai....tapi orang punya...kalau ada pun...mudalah sangat...tak pun 'miskin' lah sangat!!"


Take 5
"Tak pernah bercinta? Biar betullllllll.....?????"

Smash 5
"Kenapa? Tak percaya??!"


Take 6
"Putus asa dalam bercinta ke punca u hidup sendiri?"

Smash 6
"Tak pernah bercinta, macamana nak putus asa. Untuk apa putus asa? Keputusan hidup sendiri...tak pernah terfikir kena hidup sendiri hingga sekarang...tak pernah merancang, tak pernah, tak pernah, tak pernah"

Take 7
"Apa kata kita tanya kepada staf perempuan yang masih belum berkahwin, kenapa sampai sekarang tak kawin lagi?"

Smash 7
Aku tak smash apa-apa.......kelu lidah untuk berkata-kata.

...... terlalu banyak soalan yang sama berulangkali diajukan kepada aku. Diam tak diam...umur dah hampir setengah abad...tapi aku masih belum ada seorang lelaki yang boleh aku namakan sebagai 'suami '@ life time partner (?) macam kawan2 ku yang lain...

Ada kalanya aku menatap wajahku hadapan cermin... apa kurangnya aku....aku pernah dipuji lelaki mengatakan aku seorang yang menawan....tapi terfikir pulak aku...menawan tapi tak ada yang tertawan ;(.....terfikir juga
 "mmmm patutlah tak ada lelaki yang suka...aku tak cantik pun..., tak pandai bergaya,selekeh, tak pandai bergaul atau buat manja2 depan lelaki, aku serba kekurangan....Astaghfirullahalazhim......


siapalah aku nak 'mengutuk' ciptaanNYA. Aku sepatutnya bersyukur aku cukup sifat...apa lagi yang aku hendak..tak cukupkah pemberianNYA kepada ku? Sebagai balasan, apa yang sudah aku beri kepadaNYA? Ya ALLAH, ampunkan aku Ya ALLAH...




Tipulah kalau aku kata yang aku tidak pernah berangan-angan mempunyai pasangan hidup. Aku selalu mengimpikan lelaki sekacak dan semanis senyuman (mungkin juga romantik) seperti ANUAR ZAIN....tapi tak kesampaian....

Sejak bersekolah rendah, aku dah mula ada peminat...tapi aku ni terlalu pemalu...nak menatap muka lelaki pun tak berani. Bila dah belajar di U, 'peminat' makin ramai...tapi ntah kenapa disebabkan terlalu mudah disukai, aku rasa jemu. Aku tak pernah ambil serious bila ada yang nak berkawan dengan aku. Bagi aku, berkawan biar beribu, berkasih biar satu. Masalahnya aku tak pernah berkasih --- meaning aku tak pernah ada kekasih!!. Ramai rakan2 perempuan jeles dengan aku kerana ramai 'peminat' sehingga ada yang berani menemplak aku mengatakan aku merampas bf mereka sedangkan aku tidak berbuat apa2 pun untuk menarik minat bf mereka. Dengan hanya sekali diperkenalkan kepada ku oleh rakan perempuanku, maka bf mereka minta putus hanya kerana ingin berkawan lebih rapat dengan ku. I'm so sorry....tak kan aku nak ambik bekas kawan aku sendiri. No way!!

Hari2 seterusnya begitulah sepanjang life di campus baik di dalam atau luar negara, aku tidak sunyi dengan kawan2 lelaki sama ada yang hanya sebagai kawan biasa atau ada yang inginkan lebih dari itu...tetapi ntahlah kenapa aku tidak pernah langsung ambil peduli tentang perasaan mereka. Yang pasti, aku senang berkawan dengan siapa sahaja asalkan kawan biasa.
Bila aku mula bekerja, peristiwa yang sama berulang lagi. Mungkin dah ditentukan Ilahi yang aku tidak sunyi dengan 'peminat' lelaki biar ke mana aku pergi, termasuk semasa pergi jogging, bercuti atau sekadar makan di restoren. Cuma aku yang bersikap tak endah dan pura-pura tidak faham perasaan orang lain terhadap aku. Bila aku ada masalah, aku boleh mendapat pertolongan ibarat berikut: pagi dengan A, petang dengan B dan malam dengan C. Jadi, masalah aku dapat diselesaikan dengan bantuan rakan2 lelaki yang sedia membantu tanpa perlu aku 'merayu-rayu' seperti bilamana aku meminta bantuan rakan perempuan. Alhamdulillah sepanjang berkawan dengan mana-mana lelaki, aku masih dapat menjaga maruah aku dan tidak pernah membenarkan sesiapa pun mengambil kesempatan ke atas aku.

Terkadang aku terfikir, apa hal lah dengan aku ni..orang yang sukakan aku, aku tak suka pun....aku suka berkawan tetapi tak suka terikat...dan paling aku tak faham, kenapa aku cepat jemu bila berkawan. Asal ada perangai mereka yang berlebih-lebih, aku akan terus menjauhkan diri aku dari mereka.

 .....masa berlalu begitu pantas....diam tak diam, aku hampir ke usia senja...dan masih sendiri. Sesuatu yang tak pernah aku terfikir dan tak pernah aku duga akan berlaku kepada ku.

Hari berganti hari...tahun berganti tahun...bila aku tengok orang lain bercouple, teringin jugak aku seperti itu tapi ntah kenapa, tak ada pulak yang boleh aku jadikan couple...mungkin terlalu 'lama menunggu'...orang yang sukakan aku dah pun 'angkat kaki'!!

Ada kawan2 aku yang mengajak aku pergi mandi bunga...ha ha ha...
bodohnya aku pergi jugak mencuba...dengar cerita ada yang dah bertemu jodoh selepas pergi 'berubat'

....mmmmm..orang macam aku ni...dah bergelen2 air aku teguk (konon nak buang pelalau)...dan berbaldi2 aku mandi bunga....putera idaman tak jugak muncul2...'liat betul jodoh kau nak'....kurang asam punya makcik...takde insuran ke mulut tu...sesuka hati je nak kata aku camtu...bukannya aku tak tahu rezeki, ajal dan jodoh ditentukan DIA...sengaja aku nak mencuba..kata orang tak berusaha tak boleh...kena usaha, baru doa dan tawakal...aku usaha lah ni....kepada kawan yang mengajak aku 'berusaha' lagi ni...aku katakan tidak sekali2 aku mengulangi kesilapan dulu..
Aku tidak lagi mahu meminta2 dengan makhlukNYA dengan cara begitu....baik aku mintak dengan ALLAH!!!

Aku redha jika begini kehendak ilahi.....aku banyak membaca buku2 islamik yang mendekatkan aku kepada NYA. Aku yakin DIA tahu apa yang terbaik buat ku..
DIA tahu aku masih belum layak digelar isteri kepada seorang suami dan tidak layak menjadi seorang ibu kepada anak atau anak-anak...

Aku redha...biar pelbagai soalan timbul daripada orang sekeliling kenapa aku masih sendiri...jawapan aku kali ini, "Jodoh di tangan Tuhan". Hakikatnya, apa yang berlaku adalah hasil perjanjian yang telah aku buat semasa aku masih dalam kandungan ibu lagi...JODOH ku hanya DIA yang tahu bila dan dengan siapa. Aku tiada jawapan yang pasti tapi yang aku pasti, jodoh ku dengan orang yang layak sebagai suamiku ada di sana....di akhirat insyaallah. Di sana aku pasti akan ditemukan dengan suami yang soleh dan beriman, sepertimana doa ku selama ini (dan aku pasti ciri-ciri lelaki yang aku harapkan seperti Anuar Zain dan Maher Zain ada pada suami ku nanti, insyaallah). Aku akan lebih bahagia mendapat ganjaranNYA di akhirat kelak berkat kesabaran aku.



Insyaallah, hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk ku.

Biarlah aku sendiri sekarang......
jangan risaukan aku yang hidup sendiri... kerana aku lebih tenang bila berada di sampingNYA dan dalam jagaanNYA.



No comments:

Post a Comment