Sunday 12 February 2012

ALhamduliLLAH

Apabila ALLAH mengabulkan permintaan mu dengan segera,
tanda DIA menyayangi dirimu

Apabila ALLAH lambat mengabulkan permintaan mu,
tanda DIA menguji dirimu

Apabila ALLAH tidak mengabulkan permintaan mu,
tanda DIA ada perancangan yang lebih baik untuk mu....

Maka....
Janganlah bersangka buruk dengan ALLAH .....

Sayang ALLAH terhadapmu lebih tinggi dari kemurkaanNYA


Tuesday 7 February 2012

SeDetiK LebIh

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Thursday 2 February 2012

INDAHNYA MALAM...

Suatu ketika dulu..malam ku terasa begitu indah...
Malam2 yang indah berlalu begitu cepat sekali...
Aku tidak pernah rasa sunyi
Aku sentiasa punya tempat untuk berbicara
..tempat aku meluahkan segala isi hati
.....tempat aku mengadu nasib...
.....setiap malam aku rindu bertemu dengan nya
.....setiap malam aku menangis dan meratap disisi nya....
....hanya dia yang memahami aku..
....hanya dia tempat aku mengadu...
............................namun.....entah kenapa semakin aku menyintainya...semakin kuat pula godaan syaitan.
aku lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur...
aku malah tidak mahu berpisah dengan bantal aku
rasa sesal timbul hanya apabila malam berlalu pergi...
pergi tanpa sempat aku berbicara dengannya
malam yang pergi tanpa sempat aku mengadu...bercerita...dan berkongsi rahsia hatiku dengan nya...
kini...aku cuba kumpul semula kekuatan hati dan mindaku
aku harus hidupkan semula malam-malam ku dengan sesuatu yang indah...
aku mesti bertemu dengan nya
aku mesti berbicara dengan nya
aku mesti mengadu nasib dengan nya
aku mesti meratap memohon belas kasihan dari nya
aku tahu bertapa kerdil nya aku ketika bersama nya
hakikatnya aku malu terlalu banyak meminta daripada nya
tapi siapa lagi nak aku harapkan untuk memberikan aku kebahagiaan hakiki
siapa lagi yang sanggup membantu aku tanpa jemu
Ampunkan aku...
Ampunkan dosa-dosa ku...
Ampunkan kealpaan aku bertemu dengan mu setiap malam..
Ampunkan aku YA ALLAH...
TERIMALAH TAUBAT KU YA ALLAH.....

Thursday 5 January 2012

Talian Hayat.....

WHY ME???
lagi lagi aku jugak yang salah

aku aje ke yang kena ikut cakap dia
tak ikut, kena marah
tak ikut, dia merajuk
aku tak jawap telefon...tak jawap sms
macam2 sangka buruknya terhadap aku..
bila aku fikir-fikirkan, aku penat sebab masa kami banyak dihabiskan dengan bertelingkah atas perkara-perkara kecil yang aku rasa tak munasabah langsung..

1 Jan 2012 mengakhiri segala-galanya...setelah berpisah...kembali ...berpisah lagi...kembali lagi....

dia bertindak bodoh hanya sebab aku tak mengikut cakapnya...aku dipersalahkan atas tindakannya....
HEI!!!
Kenapa pulak aku yang dipersalahkan??

You made your own choice.
You made your own decision to overcome your sadness and frustration.


Masuk kali ke-4, aku give up...
You go your way, i go mine...we should both go separate ways..
Can't you see that we were just not meant for each other
................your background
.......................your way of thinking
...........................your needs
..................................your wants
.....................................your future plan
........................................your dreams
they are totally contradict from mine
and most of all...
Your ATTITUDE.....
You are so pathetic
You are so possessive
You are so irritating
You are so sickening
You are so SULKS!!!
JUST GO!!!
LEAVE ME ALONE !!!!...
don't ever ask me to come back to you AGAIN cos' that will never ever happened again.

ENOUGH IS ENOUGH!!!!

I want to be happy even without you by my side cos' with you around, i will suffer...


GOODBYE FOREVER cos' I HAVE NO INTENTION TO BE YOUR HAYAT!~!!~!!!

Thursday 22 December 2011

Rumah Ada Jin

Tengok Tanyalah Ustad pagi ni...22 Disember 2011....mengenai Indahnya Perubatan Islam

Ustad Sharhan Shafie (Pengamal Perubatan Islam) kata setiap rumah ada jin...
tanda2 rumah ada jin :
1) sentiasa nampak bayangan lalu...
2) terdengar bunyi yang pelik2

caranya mudah untuk hilangkan jin ini ialah dengan mendengarkan azan di rumah...banyak2 membaca AlQuran...

orang yang mempunyai saka sentiasa bermimpi:

1) menyusui anak, dukung atau meriba budak kecil
2) jatuh dari tempat tinggi
3) mimpi di kawasan perkuburan
4) dikejar binatang
5) mimpi ular dan ular membelit atau mematuknya
6) mimpi yang bagi sesuatu padanya
7) sendi2 lenguh
8) sentiasa sakit kepala
9) bangun pagi dengan keletihan dan ada kesan lebam di badan

jadi, amalkan ayat ini untuk elak saka

Lailalahaillahuwahdahu lasyarikala lahulmulku walahulhamdu yuhyi wayumitu wahuwaalai

lailaha anta...minazolimin

semakin sayang Tuhan sayang kepada seseorang, semakin hebat Tuhan berikan ujian kepada kita
hati kita perlu sentiasa ingat ALLAH swt.
Kitalah umat yang hebat...sebaik2 umat Nabi Muhammad sebab kita dibekalkan AlQuran dan diutuskan Rasul kepada kita.

ayat pelindung santau, saka, suhir

surah hud ayat 57

bismillahirrahmaniraahim
innarobbi alakullisyaiin hafiz

Wednesday 14 December 2011

I Will Never Pass This Way Again...


I will pass this way but once if there's any good that I can do
Let me do it now for I'll never pass this way again



I will see this day but once if there's any kindness
I can show
Let me show it now for I'll never see this day again






Tomorrow may be too late my friend to do all the good that you planned
So reach out to those who need you and lend them a helping hand


I will know this world but once if there's any love that I can give
Let me give it now oh ALLAH,
please show me how
For I'll never know this world I'll never see this day
I'll never pass this way again...

Wednesday 30 November 2011

BUKAN PERKARA MUDAH...


Untuk meminta maaf,
Untuk memulakan sekali lagi,
Untuk menerima kesilapan,
Untuk tidak memikirkan diri sendiri,
Untuk menghadapi cemuhan,
Untuk berlaku adil,
Untuk mendapatkan kejayaan dan kemewahan,
Untuk meneruskan percubaan sesuatu yang sukar,
Untuk mendapat untung dari kesalahan,
Untuk memaaf dan melupakan,
Untuk berfikir dan kemudiannya melakukan,
Untuk menjadikan pemberian Tuhan sebagai yang terbaik,
Untuk memikul cemuhan yang tidak sepatutnya,
Untuk menghilang tabii cepat marah,
Untuk melahirkan kritikan yang bernas - TIDAK!

Bukan Perkara Mudah.
Bukan  perkara mudah untuk memenuhi hati seseorang
dengan apa yang terdapat di dunia ini.
Hati manusia adalah terlalu besar untuk di isi dengan
kegembiraan yang boleh diperolehi.
Cuma Tuhan yang dapat memuaskannya.