Sunday 12 February 2012

ALhamduliLLAH

Apabila ALLAH mengabulkan permintaan mu dengan segera,
tanda DIA menyayangi dirimu

Apabila ALLAH lambat mengabulkan permintaan mu,
tanda DIA menguji dirimu

Apabila ALLAH tidak mengabulkan permintaan mu,
tanda DIA ada perancangan yang lebih baik untuk mu....

Maka....
Janganlah bersangka buruk dengan ALLAH .....

Sayang ALLAH terhadapmu lebih tinggi dari kemurkaanNYA


Tuesday 7 February 2012

SeDetiK LebIh

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Thursday 2 February 2012

INDAHNYA MALAM...

Suatu ketika dulu..malam ku terasa begitu indah...
Malam2 yang indah berlalu begitu cepat sekali...
Aku tidak pernah rasa sunyi
Aku sentiasa punya tempat untuk berbicara
..tempat aku meluahkan segala isi hati
.....tempat aku mengadu nasib...
.....setiap malam aku rindu bertemu dengan nya
.....setiap malam aku menangis dan meratap disisi nya....
....hanya dia yang memahami aku..
....hanya dia tempat aku mengadu...
............................namun.....entah kenapa semakin aku menyintainya...semakin kuat pula godaan syaitan.
aku lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur...
aku malah tidak mahu berpisah dengan bantal aku
rasa sesal timbul hanya apabila malam berlalu pergi...
pergi tanpa sempat aku berbicara dengannya
malam yang pergi tanpa sempat aku mengadu...bercerita...dan berkongsi rahsia hatiku dengan nya...
kini...aku cuba kumpul semula kekuatan hati dan mindaku
aku harus hidupkan semula malam-malam ku dengan sesuatu yang indah...
aku mesti bertemu dengan nya
aku mesti berbicara dengan nya
aku mesti mengadu nasib dengan nya
aku mesti meratap memohon belas kasihan dari nya
aku tahu bertapa kerdil nya aku ketika bersama nya
hakikatnya aku malu terlalu banyak meminta daripada nya
tapi siapa lagi nak aku harapkan untuk memberikan aku kebahagiaan hakiki
siapa lagi yang sanggup membantu aku tanpa jemu
Ampunkan aku...
Ampunkan dosa-dosa ku...
Ampunkan kealpaan aku bertemu dengan mu setiap malam..
Ampunkan aku YA ALLAH...
TERIMALAH TAUBAT KU YA ALLAH.....