Sunday 30 October 2011

KeRaNa AkU mASiH seOrAng aKu

As Salam

Sudah sekian lama tidak menjenguk blog dan menulis..rindu untuk menulis kembali lagi...mengisi ruang-ruang kosong yang perlu ku penuhi untuk melupakan kesedihan yang melanda.
Aku masih aku yang dulu...masih sendiri dan lebih rasa sendiri sejak kehilangan ibu.


Selama 6 tahun ibu tinggal bersama aku sejak ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya, matlamat aku hanyalah untuk membuatkan yang terbaik dan membahagiakan ibu. Ibulah segala-galanya bagi aku..

Biarpun aku pernah menjalani pembedahan yang menurut doktor mempunyai peluang 50-50 untuk sembuh atau lumpuh, aku kuatkan semangat semata-mata kerana aku tahu ibu ada di samping ku dan menunggu untuk aku memeluk, mengucup pipi lembut dan membelai ibu.

Aku perlu sihat untuk menjaga ibu...Mana mungkin aku dapat menjaga ibu kalau aku sendiri sakit. Walaupun pembedahan telah dilakukan dengan 'jayanya--seperti kata doktor' tetapi ada 2 bahagian lagi di tengkuk aku yang mengalami masalah yang sama..tetapi tidak dapat dilakukan pembedahan serentak memandangkan peruntukan perubatan aku dari pejabat tidak mencukupi. Aku berserah kepada DIA semoga aku disembuhkan tanpa perlu melalui apa2 pembedahan lagi. Aku yakin DIA akan membantu aku. Aku dibekalkan pelbagai ubat untuk segala macam penyakit sampingan aku yang lain. Aku lupakan pesanan doktor yang meminta ku supaya tidak mengangkat 'barangan' lebih dari 5 kilogram sehingga memberi tekanan kepada tengkuk aku..aku abaikan pesanan doktor supaya tidak terlalu 'lasak'...walau pun aku ada pembantu yang menjaga ibu..pembantu aku bukannya robot...dia juga adakalanya sakit...demam sikit pun aku khuatir kalau ianya 'berjangkit' pada ibu. ada ketikanya aku perlu mengangkat ibu untuk ke bilik air, mendukung ibu untuk ke bilik tidur...ibu terlalu comel dan aku tak tahu bagaimana ibuku boleh di'lupakan' begitu sekali oleh kakak2 ku yang lain. Nak telefon ibu seminggu sekali pun susah (mungkin takut kehabisan kredit atau bil melambung tinggi)...jauh sekali untuk menjenguk ibu...mengucap

'Selamat Hari Lahir' buat Ibu...ataupun kalau lupa...
boleh juga kalau ucapkan 'Selamat Hari Ibu'....'Selamat Hari Guru'.."Cikgu Azizah"

Aku pendamkan perasaan terkilan aku terhadap adik beradik ku kerana aku tidak mahu berbalah mengenai perkara ini. Semuanya sudah menjawat jawatan tinggi, ada keluarga sendiri..mungkin terlalu sibuk untuk menghubungi ibu. Semuanya tahu berfikir dengan waras. Keadaan ibu tidak membolehkan ibu respon seperti sebelum ini...ibu hanya berdiam diri, atau menganggukkan kepala atau senyum.




Aku ingin sekali melihat kakak2 ku bercakap dengan ibu biarpun ibu tidak memberi respon....boleh ku kira dengan jari berapa kali mereka berbuat demikian. Aku pernah dengar adik beradik yang lain berkata ingin menjaga ibu..tetapi aku tidak nampak kesungguhan mereka. Pernah satu ketika, aku ingin mengikut kakak ku ke shopping complex dan aku ingin membawa ibu bersama. Alangkah hancur hati ku bila mendengar kakak ku berkata 'tak payahlah menyusahkan aje!'. Biarpun bukan ibu yang mendengar kata-kata dari anaknya sendiri yang ditatang dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke mana sahaja berjalan semasa kecil, tetapi hati aku amat terguris dan tidak jadi mengikut kakak gara-gara katanya itu.


Aku sedar masing2 ada 'masalah'  tapi bukankah menjaga ibu itu suatu peluang untuk merebut syurga ALLAH. Aku ingin merebut peluang itu...aku ingin ditempatkan di syurga ALLAH...aku mahu ditempatkan  di syurga tertinggi ALLAH..Ya ALLAH, kau makbulkanlah doa aku ini.


27 Ogos 2011, aku gembira teramat sangat...aku ingin bertemu lagi dengan malam Lailatul Qadar..semalaman aku berjaga dan melakukan ibadat, mengaji, berzikir hingga ke pagi...Alhamdulillah benar tekaan ku...malam itu memang malam yang ku nanti-nantikan.

28 Ogos 2011, aku menjemput adik beradik datang berbuka puasa di rumah ku...selepas isya sebab aku tak mahu terlepas solat tarawih di masjid berhampiran. 2 kakak ku datang walaupun dah lama mereka tak menghubungi, apatah lagi menjenguk ibu di rumahku. Hampir 10 bulan memang terlalu lama!... Dari buku agama yang aku baca, anak2 yang tidak menghubungi ibu bapa lebih dari 3 hari dikira anak derhaka, wallahuallam...kemesraan dan kerinduan mereka terhadap ibu tidak terpancar semasa mereka berkunjung ke rumah ku semasa akhir bulan Ramadhan. Ciuman dan pelukan terhadap ibu begitu hambar...walaupun aku tidak dapat membaca isi hati mereka...tetapi dari sikap mereka, aku tertanya2 sendiri "tidak rindu kah mereka kepada ibu selama ini?"

Aku dapati ibu semakin hari semakin kurus...aku dan pembantu berusaha menukar menu ibu supaya ibu tidak jemu dengan makanan atau minuman yang sama, asalkan mengikut kesesuaian dengan keadaan dan tahap kesihatan ibu. Aku tanyakan doktor tetapi doktor kata tidak perlu risau sebab orang tua memang macam tu.
Aku tanyakan kakak2 aku dengan harapan mereka dapat berbuat sesuatu untuk ibu. Tetapi aku diminta oleh mereka supaya membawa ibu berjumpa doktor. Bukankah mereka bertugas di hospital dan merawat pesakit dari pelbagai peringkat umur termasuk ibu2 orang lain? Tidak boleh kah mereka mengambil peluang ini untuk membawa sendiri ibu ke hospital??? Segala persoalan bermain di kepala aku ketika itu...sampainya hati kakak2 aku...mereka boleh menjaga ibu orang lain, tetapi tidak ibu sendiri.

5 September 2011, balik dari pejabat, aku terus membawa ibu ke hospital untuk membuat full medical check-up. Dari 6.30 petang kami di sana...pukul 1.45 pagi baru habis pemeriksaan dijalankan termasuk masa menunggu. Ibu diperiksa jantung, paru-paru, darah, gula, scan otak...doktor yang merawat berkata sambil tersenyum "Your mother is fine. You don't have to worry. The only thing she has is the alzheimer and as she gets older, she will become thinner. If there is anything strange from the x-ray, i will call you"...Alhamdulillah aku amat gembira dengan berita tersebut...aku sms semua adik beradik aku untuk menyampaikan berita gembira tersebut.

6 September 2011, hari jadi ku....(rupanya yang terakhir bersama ibu!!)

10 September 2011, aku sempat membawa ibu pulang ke kampung pada hari minggu dan kami makan angin di Bukit Merah Town Resort sambil menikmati keindahan kampung halaman kami terutama di Taman Tasik. Tidak aku sedari, itu rupanya kali terakhir ibu menjejakkan kaki ke kampung kami dan tempat tinggal yang dipilih oleh kedua ibubapaku untuk kami adik beradik. Ibu banyak menghabiskan masa dengan tidur...tetapi aku juga tidak sedar, itu petanda 'mereka' akan pergi jauh dan tak kan kembali lagi...yang aku tahu, ibu ada di samping aku ke mana sahaja aku pergi bercuti.

Seminggu kemudian aku sibuk mencari dalam internet kerusi roda yang sesuai untuk ibu. Memandangkan ibu banyak tidur, aku bercadang membeli kerusi roda yang boleh diubahsuai seperti baby pram...setelah puas buat research, aku dapat maklumat dan supplier di Brickfields.

Pagi Sabtu, 24 September 2011, kerusi roda baru ibu sampai dihantar oleh supplier.. RM1,000.00 harganya. Aku tak kisah, yang penting ibu selesa bila dibawa berjalan ke mana-mana. Hajat aku nak bawa ibu 'merasmikan' kerusi roda tersebut pada petang itu tidak terlaksana sebab ibu tidur lagi....


Pagi Ahad, 25 September 2011, aku bawa ibu berjalan ke Taman Tasik Cempaka sambil sarapan McD di sana. Ibu menutup mata dan sesekali membuka mata tetapi masih mengunyah bubur nasi McD yang aku suap. Aku gembira sangat, ibu, kerusi roda baru dan pembantu bersiar-siar sambil menikmati sarapan dan udara segar di Bangi....tidak aku sedar yang itu juga kali terakhir aku bersiar-siar dengan ibu...

Selasa, 27 September 2011, aku pulang dari ofis dan seperti biasa selepas membaca Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Surah Al-Ikhlas dan memberi salam, barulah aku masuk ke rumah dan terus meluru ke kerusi ibu. Aku peluk dan cium ibu yang comel sangat2...ibu tidak memberikan reaksi seperti selalu dan tidak senyum kepada ku. Hanya memandang dengan pandangan sayu dan mengalirkan air mata. Terdetik di fikiran ku 'kenapa wajah ibu lain sangat' tapi sedikit pun tidak terlintas yang ibu mungkin ingin memberitahu aku yang ibu akan tinggalkan aku buat selama-lamanya. Aku cuma mengusap airmata ibu dan ku cium pipi ibu dan katakan yang aku sayang sangat2 kat ibu..."jangan nangis ya mak...kan dah balik kerja ni"

Rabu, 28 September 2011, ibu ku demam dan bila bangun tidur jam 10.30 pagi, aku bawa ibu ke Hospital. Kerana susah hati dengan keadaan ibu, aku terlupa menghubungi adik beradik lain sehingga jam 3.30 petang bila doktor masukkan ibu ke ICU. Sehingga jam 12.30 tengah malam, ibu dimasukkan ke wad. Kata doktor, harapan ibu untuk hidup adalah 50-50. Adik beradik lain datang dan ada yang memarahi aku kerana menganggap aku lepas tangan kepada pembantu rumah dan tidak menjaga ibu dengan betul. Aku dipersalahkan kerana kecuaian aku menjaga ibu. Segala-galanya hancur, bila ibu ku pergi buat selama-lamanya pada hari Jumaat, 30 September 2011 (Syawal terakhir) jam 10.20 malam. Apa yang aku takutkan selama ini menjadi kenyataan.


Semasa tahlil hari ke-3, aku yang ketika itu sedang tidur di hujung katil anak2 kakak, dikejutkan oleh kakak sebab katanya ada hal penting untuk dibincangkan. Aku dimarahi dan dimalukan oleh kakak ku sendiri di hadapan suaminya, kakak dan abang iparnya serta anak mereka. Aku dianggap telah membunuh ibu kerana kecuaian aku. Nampaknya bukan seorang kakak tetapi dua kakak telah menuduh aku begitu. Aku dihalau keluar dari rumahnya malam itu. Sedangkan malam itu, hajat aku selepas habis tahlil, aku ingin bermalam di rumah kakak, menemani anak2 yang merengek meminta aku tidur dengan mereka dan ingin menolong kakak mengemas rumah keesokkan harinya. Malam itu juga aku balik ke rumah, memandu lebih 1 1/2 jam sambil menangis sepanjang perjalanan. Apakah aku sahaja yang bersalah dalam hal ini? Aku kirim sms meminta kakak ku mendapatkan laporan doktor pada 6 September 2011 sebelum boleh menuduh aku membunuh ibu.

Apa yang aku kesalkan ialah ...kalau benar kakak benar-benar sayangkan dan menyanjung tinggi ibu, kenapa ibu dipindahkan ke bilik kecil pembantu rumah yang hanya mempunyai kipas angin, sedangkan anak angkat kakak ditempatkan dalam bilik asal ibu yang mempunyai air cond dan lebih luas dan selesa? Begitukah cara layanan tanda kasih sayang kakak kepada ibu? Kenapa ibu selalu ditinggalkan bersama pembantu rumah setiap kali kakak pergi bercuti dan membawa kaum keluarga sebelah suami kakak bersama. Kenapa bukan ibu yang kakak bawa bersama bercuti ke mana sahaja? Kenapa setiap kali kakak akan merungut harga pampers yang tinggi, bil api dan air yang naik sejak ibu dan pembantu rumah aku tinggal bersama? Aku tidak mahu menyusahkan kakak ku dan tidak sanggup mendengar keluhannya...lalu segala keperluan ibu aku sediakan..pampers, susu, beras, sayur dan ikan khas buat ibu...termasuk bekalan dapur rumah kakak juga aku sediakan setiap kali berkunjung ke sana? Tidak cukupkah lagi untuk meringankan 'beban' yang kakak tanggung sejak ibu ada di rumah kakak?


Keesokan harinya, kakak memohon maaf sebab anak2nya menangis mencari aku dan meminta aku ke rumahnya. Aku maafkan dan telan semuanya tetapi luka ini terlalu dalam...aku tak akan ke rumah kakak lagi dan membiarkan hati aku disakiti lagi. Cukuplah apa yang ku alami dan aku sudah cukup bersabar ....


Buat adik beradik aku, ingin aku bertanya soalan berikut:

Sepanjang ibu memakai diapers (5 tahun):
  • Berapa kali mandikan ibu?
  • Berapa kali cuci najis ibu? Pernah pegang najis ibu?
  • Berapa kali peluk cium ibu bila berjumpa?
  • Berapa kali sebut sayang dan cintakan ibu?
  • Berapa kali menghubungi ibu dalam sebulan? (sepatutnya dalam seminggu?)
  • Berapa kali dukung ibu?
  • Berapa kali pakaikan pakaian ibu? Tanggalkan pakaian ibu?
  • Berapa kali siapkan ibu? Bedak? Sikat rambut? Potong kuku atau rambut ibu?
  • Berapa kali suap ibu makan / minum?
  • Berapa kali berbual dengan ibu?
  • Berapa kali bagi duit belanja ibu? Beli pakaian ibu? Pampers? Susu ibu?
  • Berapa kali 'bobokkan'" ibu bila ibu nak tidur? (Ibu kan dah macam baby, tidur minta ditepuk2 dulu dan aku mesti akan memainkan CD zikir2 dan salawat sebagai halwa telinga ibu)
  • Berapa kali ucap 'Selamat Hari Jadi ibu"? (mungkin tarikh lahir ibu pun tak ingat dan mungkin juga tak pernah ambil tahu) atau sekurang2nya ucapkan "Selamat Hari Guru"?
  • Pernah ambil tahu apa makanan/minuman yang boleh dan tak boleh ibu makan/minum?
  • Di pagi raya puasa tahun ini, ada hubungi ibu untuk ucapkan ampun maaf atau 'Selamat Hari Raya' walaupun tak dapat jumpa ibu atau dah jumpa ibu sehari sebelum raya?

Mungkin alasan jauh, tetapi bukankah semuanya boleh dilakukan semasa datang berjumpa ibu? Kesempatan berjumpa ibu walaupun sejam boleh dimanfaatkan kalau benar-benar sayangkan ibu! 

Kalau dulu, setiap kali bekerja, aku ingin segera pulang ke rumah sebab aku ada tanggungjawab lain yang ingin aku laksanakan. Kalau orang lain, balik ke rumah kerana tidak sabar untuk bersama anak, suami, isteri ...aku pula, tak sabar, nak peluk cium ibu, nak bawa ibu (atas kerusi roda) keliling taman tempat aku tinggal...biarpun sekejap sebab aku ingin supaya ibu dapat menghirup udara di luar...(tidak termasuk Sabtu dan Ahad yang aku peruntukkan khas untuk membawa ibu berjalan ke mana-mana sahaja).

Kini, aku sendiri...rumah ini terasa sunyi dan sepi....Aku redha jika ini dan begini ketentuanNYA. Ujian daripada ALLAH amat berat untuk ku tanggung tetapi aku ingin mengejar syurga tertinggiNYA. Aku ingin kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan ini. Aku ingin ganjaran besar yang dijanjikan oleh ALLAH kepada makhlukNYA yang bersabar atas  musibah yang menimpa. Innalillahiwainailaihirajiun.... kita semua akan kembali kepadaNYA. Dan hanya kepadaNYA  tempat aku mengadu dan aku yakin DIA sentiasa menjaga aku.





Jari jemari ku terutama di sebelah kanan terasa kebas sejak 5 bulan lepas...aku tahu petanda sakit lama ku dah kembali 'menyerang'...Aku lupa pesanan doktor...bagi ku, kuasa TUHAN mengatasi segalanya. Jika selama ini aku abaikan diri aku sendiri dan banyak kemahuanku, aku 'korbankan' untuk menjaga hati dan kebahagiaan orang lain...kini aku ingin dan akan cuba lebih menyayangi diri aku sendiri.. Aku tidak mahu sakit dan disakiti lagi.

Buat ibu....termasuk ayah dan adik-adik ku yang telah pergi terlebih dahulu, doa ku tidak pernah putus supaya ibu, ayah dan adik2, aman berada di sana ...di tempatkan bersama orang yang soleh. Al-Fatihah.

Buat adik beradik dan semua ahli keluarga, aku tidak pernah putus berdoa setiap kali selepas solat supaya kita semua bersatu hati, sama-sama menjalin silaturrahim, kembali kepada NYA dan sentiasa mengharapkan keampunanNYA.

Forgiveness is not something we do for other people.
We do it for ourselves
- to get well and move on -

No comments:

Post a Comment