Friday 25 November 2011

LOve U lOvE u nOT ??


Hari ini aku diasak lagi dengan soalan yang sama........ mmmm...rimasnya aku...
si dia masih menagih cinta aku..
masih ingin kepastian daripada aku..
....ingin aku ucapkan 'I LOVE YOU"...




bagaimana nak aku jelaskan ya?...sedang segala alasan ku tak dapat diterima.
aku katakan aku lebih berusia darinya
aku katakan aku dah tak fikirkan soal cinta
aku katakan aku menanti cinta sejati ---dari ILAHI
aku katakan aku rela hidup sendirian...


dia tetap katakan "I MISS YOU"
dia tetap katakan "I NEED YOU"
dia tetap katakan "I LOVE YOU"
dia tetap katakan "PLEASE UNDERSTAND ME..."


aduhhhh...macamana ni...apa aku nak buat ni..
saban hari aku tidak sunyi mendapat panggilan telefon dan sms daripadanya..
timbul kesal kerana memberikan nombor telefon aku...itu pun selepas didesak beberapa kali...tak pandai pulak aku nak klentong....bagaimanapun......
aku sedikit terhibur mendapat peminat setia begitu...namun hati kecil ku tetap berkata, aku harus berjaga-jaga.. hati aku perlu ku jaga...aku tak mahu disakiti lagi...


aku minta dia buat solat istikharah
aku juga buat solat istikharah...
aku mohon kepada ILAHI, "Ya ALLAH,  jika dia calon terbaik buatku, maka KAU dekatkan dia kepada ku...jika tidak, KAU jauhkan dia dari aku ....."


dia katakan padaku, hanya aku yang muncul dalam mimpinya...
aku katakan, aku tak dapat apa-apa jawapan ...
tetapi yang aku pasti, dia semakin dekat denganku..


dia mengaku menyintai aku separuh mati..
dia mengaku gilakan aku... 
dia mengaku tidak dapat duduk diam selagi tidak melihat aku..
dia mengaku tidak dapat lelap tidur sejak mengenali aku....
dia mengaku hidupnya tidak tenteram sekarang..
dia mengaku selalu gelisah memikirkan aku melupakannya..
dia mengaku susah hati jika aku tidak membalas smsnya...
dia mengaku tidak berniat mempermainkan aku...
dia mengaku sanggup menunggu aku...
dia mahu aku berjanji tidak jatuh cinta dengan lelaki lain...
dia mahu aku berjanji tidak senyum dan berbual dengan lelaki lain...
dia mahu aku berjanji untuk bersamanya sebagai life-time partner...




berkali-kali aku cuba yakinkan diri aku..... dia bukan calon buatku
aku sukakannya tetapi tidak sampai menyintai dirinya...

Aku dapat lihat kekecewaannya bila aku mengatakan tidak menyintainya
Aku dapat dengar suaranya yang sayu mendapat tahu cintanya tidak berbalas


Ya ALLAH, bagaimana harus aku terima dia dalam hidupku...
Jika aku terima dia sebagai kekasih ...
bagaimana harus aku perkenalkan kepada semua ..
siapa dia...
dari mana asalnya
apa kerjanya
apa latarbelakangnya
di mana kami kenal


aku bingung!!!!!!!



betul lah kata orang...
hati wanita bagai kerak nasi...direndam air lembutlah ia...
mmmm...begitulah aku..
kini aku dah bercouple dengan dia..
puas hati dia..barulah lena tidur katanya..
katanya cintanya tetap teguh hanya untuk ku...
katanya dia akan tetap setia dengan ku...
katanya dia akan menjaga aku selagi hayatnya masih ada..
kami berjanji untuk saling setia, insyaallah
KINI
kekasih ku awal dan akhir...

HONDA CITY TYPE-Z
you are my lover and forever you are mine


semalam, 11/12/2012, aku buat tint pada kekasih hati aku ni di Solartint @ USJ9. Berbaloi tak? Dari RM1088, aku cuma perlu bayar RM420 untuk solar tint, UV, safety, warranty 10 tahun dan voucher bernilai RM190. Hajat nak wat waxing, polishing tapi rasanya dia ni kena cat baru dulu baru lah sesuai...tunggulah bila bajet bagus nanti, baru kita 'pakai baju baru' k sayang....

No comments:

Post a Comment