Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku...mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut....."Mak"
Bila bangun tidur, aku cari ....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya...mak
Bila nakal, yang memarahi aku...mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...mak
Bila takut, yang tenangkan aku..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk...mak
Bila sedih, aku selalu telefon...mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...mak
Bila bengang, aku suka luah kat ....mak
Bila takut, aku selalu panggil...mak
Bila sakit, orang yang paling risau...mak
Bila nak exam, orang yang paling sibuk...mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...mak
Bila ada masalah, yang paling risau...mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...mak
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk ....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang aku...mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku...mak
Yang selalu nasihat aku...mak
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari pasanganku
Bila sedih, aku cari ....mak
Bila berjaya, aku ceritakan kepada pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan kepada ...mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat mak ku
Bila nak bercuti, aku bawa pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...mak
Bila sambut Valentine, aku bagi hadiah kepada pasanganku
Bila sambut Hari Ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat pasanganku
Selalu mak ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon pasanganku
Entah bila aku nak telefon ...mak
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk...mak
Bolehkah kau kirim wang untuk mak
Mak bukan nak banyak, RM50 sebulan pun cukuplah
Mak bukan nak banyak, RM50 sebulan pun cukuplah
Berderai airmata jika kita mendengarnya
TAPI, kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKKKKKKKKKKKKKKK RINDU MAK....RINDUUUUUU SANGATTTTTT
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersih luka kudis ibunya
Dan akhir sekali, berapa ramai yang sembahyang jenazah ibunya
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur.
Lalu menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya,
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya,
Kos upah membantu ibu :
- Tolong pergi kedai = RM4
- Tolong jaga adik = RM4
- Tolong buang sampah = RM1
- Tolong kemas bilik = RM2
- Tolong siram bunga = RM3
- Tolong sapu sampah = RM3 Jumlah RM17
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar2 di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
- Kos mengandungkan selama 9 bulan = Percuma
- Kos berjaga malam kerana menjagamu = Percuma
- Kos airmata yang menitis kerana mu = Percuma
- Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu = Percuma
- Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu = Percuma Jumlah keseluruhan nilai kasihku = Percuma
Ibu, Ummi, Emak, Mummy, Mama......biar apa sahaja panggilan kita terhadap insan mulia ini......sedarilah bahawa sesungguhnya "Syurga di bawah tapak kaki insan mulia ini...."
Berbuat baiklah kepadanya selagi hayatnya masih ada......
supaya hidup kita bahagia...dunia dan akhirat....ameen....
sedih jue membaca ertikan ini tteh.. rasa nak meraunggg.. :'(
ReplyDeletepembetulan. ertikal.. bukan ertikan.. huhuhuhu..
ReplyDeletetujuan tteh hanya untuk menyedarkan diri tteh dan kita semua yang adakala terlupa mengucapkan 'Alhamdulillah' kepada YANG ESA dan "TERIMA KASIH' kepada mak kita...baik atau buruk perangai mereka, dia tetap emak kita yang melahirkan kita.
ReplyDelete