- Otak itu mulia, maka diletakkan di tempat paling atas.
- Otak berada pada posisi paling selamat.
- Kedudukan sepasang mata untuk mengawasi keselamatannya.
Fakta yang anda perlu tentang otak@akal:
- Otak sinonim dengan akal.
- Otak itu hardware; Akal itu software.
- Otak itu zahir; Akal itu batinnya.
- Haiwan mempunyai otak tetapi tidak berakal.
- Otak memerlukan banyak tenaga (400 kalori tenaga) untuk bekerja. Sumber tenaga didapati dari darah yang mengalir ke otak.
- Otak memerlukan sumber makanan yang berzat seperti protein dan oksigen untuk menjadi bahan yang dibakar dan menghasilkan tenaga.
- Akal adalah anugerah Tuhan yang tertinggi kepada seseorang insan yang diciptakannya - lebih tinggi daripada nilai sebuah nyawa. Kalau diberikan nyawa tanpa dibekalkan akal, kita tidak ubah seperti seekor haiwan yang melata.
- Akal ialah nur yang dengannya dapat membezakan antara jalan yang lurus dengan jalan yang menyimpang, kebaikan dengan kejahatan, kemungkinan dengan kemustahilan dan yang benar dengan yang palsu.
- Akal itu bertempat di hati kerana hati adalah lombong kepada kehidupan manusia dan ia merupakan bahan atau alat untuk merasakan (perasaan).
- Haiwan mempunyai otak tetapi tidak berakal. {Manusia ada otak tapi adakalanya tak tahu gunakan akal dengan bijak!! (geram siut!!!) ---ayat sendiri ni..}
Beza Otak Kanan dan Otak Kiri
Otak Kanan
Mengawal dan Menguasai Aktiviti Imaginasi dan Kreativiti
- Mentafsir secara holistik (keseluruhan) dan serentak
- Intuisi (mencari ilham)
- Berfikir secara kreatif
- Berkaitan Seni
- Menggunakan imaginasi
- Subjektif
- Ritma (rentak atau intonasi)
- Memahami tanpa lisan
- Perasaan atau emosi
- Berfikir menggunakan gambaran
- Menghayati irama lagu
- Visi
Otak Kiri
Mengawal dan Menguasai aktiviti logikal dan akademik
- Mentafsir secara urutan satu persatu
- Menganalisis secara terperinci
- Berfikir secara linear (Pengelolaan)
- Berkaitan Matematik
- Menggunakan logik
- Objektif
- Bahasa
- Memahami lisan
- Fakta
- Berfikir Menggunakan Perkataan
- Mengingati Lirik Lagu
- Rasional
(Petikan dari buku "Rahsia Minda Hebat" oleh Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Haji Muhammad Zakaria")
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Orang yang paling sempurna akalnya antara kamu ialah orang yang paling takut kepada ALLAH dan amat mengambil berat tentang perintah dan laranganNya"
No comments:
Post a Comment