Saturday 18 June 2011

TIDUR PUNCA ROSAK HATI??


Sudah menjadi kebiasaan sesetengah orang tidur selepas solat Subuh, terutama pada hari cuti sehingga sukar untuk mengubah sikap tersebut. Adakah ianya bertentangan dengan Islam? 

Tidak ada dalil yang melarang untuk tidur setelah solat Subuh. Namun terdapat beberapa keburukan jika ianya dipraktikkan, antaranya seperti kata salah seorang sahabat yang unggul, Ibn Abbas r.a. : "Orang yang tidur selepas Subuh akan dipayahkan rezeki untuknya".

Dalam kitab Ibn Qayyim, Madarij al-Salikin disebut dalam bab Mafasid al-Qaib (kerosakan hati) tentang hal yang sama. Tidur selepas Subuh bukan sahaja melemahkan syahwat, tetapi juga punca rosaknya hati. Banyak tidur dan tidur pada waktu yang merosakkan hati ialah tidur selepas Subuh dan Asar.

Idola kita, Nabi Muhammad s.a.w. melaksanakan solat Subuh dan tidak meninggalkan tempat beliau solat sehingga matahari terbit.

Tiada sebarang halangan untuk tidur selepas Subuh. Sunnah yang sebenarnya adalah tidak tidur tetapi paling afdhal memanfaatkan waktu tersebut dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, menghadiri majlis ilmu dan seumpamanya. Sesungguhnya waktu pagi ialah waktu yang penuh berkat.

Daripada Sakhr al-Ghamidi, Rasulullah s.a.w. berdoa: "Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi".

{petikan dari Majalah Solusi isu No. 32}

No comments:

Post a Comment